Pages

Monday 25 June 2012

Projek Mega~KONFERENSI 2012


Bersyukur ke hadrat Ilahi,pada 16/6 program yang dirancang dari awal tahun iaitu konferensi PRS telah berjalan dengan lancar.Program seperti ini adalah program yang dinanti-nantikan setiap tahun.Seperti setiap tahun,SMKA Naim Lilbanat menjadi tuan rumah untuk program ini.

Bermula seawal jam 8.00 pagi,pendaftaran telah bermula.Alhamdulillah juga,sebanyak 15 buah sekolah telah menyertai program ini.Setiap sekolah mewakilkan 4 orang peserta.
Antara pengisian konferensi ialah aktiviti LDK yang diuruskan oleh pihak PTPN.







hasil kerja kumpulan














pembentangan logo kumpulan masing-masing

Selain itu,terdapat juga perkongsian idea antara semua PRS.











Ceramah daripada En. Muizzudin Mukhtar bertajuk pendekatan kaedah kaunseling memberi kami banyak informasi dan kaedah yang berkesan . Kata beliau, tugas PRS bukanlah menyelesaikan masalah,tapi tugas kami ialah membantu menyelesaikan masalah.Beliau turut menerangkan kaedah yang betul dalam menjalankan sesi kauseling.










majlis dirasmikan oleh pengetua-Pn. Hjh Maimunah




terima kasih kerana sudi datang..


Alhamdulliah,program ini mendapat maklum balas yang positif daripada peserta-peserta pada hari tersebut. Kami semua bersurai pada pukul 5 petang setelah selesai saja majlis penutup.Semoga segala ilmu yang diperoleh pada hari tersebut dapat diamalkan sepanjang hayat . :)

Sunday 24 June 2012

PRS Naim melibatkan diri dan terus aktif


Seperti semua maklum,bermula pada tahun ini,PRS Naim telah menukar pakaian seragam.Harapan kaunselour agar dengan pembaharuan ini,PRS akan lebih aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti di sekolah.Alhamdulillah,kami telah berjaya menguruskan beberapa aktiviti dan melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung.
Sesungguhnya,sesuatu aktiviti yang hendak dijalankan memerlukan perancangan yang teliti dan kerjasama daripada semua pihak.Berkat sokongan dan kerjasama  daripada pihak sekolah,kaunselour dan PRS Naim,kami telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti.


mesyuarat untuk memastikan aktiviti yang dirancang berjalan lancar






jualan gerai

Jualan gerai diuruskan oleh unit ekonomi dan dibantu PRS yang lain dan sedikit sebanyak telah mendapat keuntungan.Unit ekonomi bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan.










sukaneka hari guru

Pada hari guru,kami diberi tanggungjawab untuk menguruskan sukaneka pada hari tersebut dan semuanya berjalan dengan lancar.










 rebut kerusi



                                                                       isi air dalam botol




Putriku Sayang! Adikku Sayang!



Program Putriku Sayang diadakan untuk semua pelajar tingkatan satu bertempat di Bilik Tayang Utama.
Seperti tahun lepas,program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara PRS dengan pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki di SMKA Naim Lilbanat.

Selain itu,program ini turut mendedahkan kepada mereka mengenai peranan dan fungsi PRS di sekolah.

















Penanda Aras Dari SMKA Lati



Seramai 43 orang PRS diiringi 4 orang guru dari SMKA Lati telah mengadakan penanda aras ke sekolah kami.
Alhamdulillah,ternyata kunjungan daripada sekolah mereka amat bermanfaat untuk memantapkan lagi organisasi PRS di sekolah masing-masing.

Memandangkan PRS sekolah mereka baru ditubuhkan pada 2010,lawatan ini memberikan mereka banyak informasi dan  pemahaman tentang tugas PRS.Mereka turut didedahkan dengan aktiviti-aktiviti PRS Naim sepanjang 2011 dan yang terbaru.Sebelum mereka pulang,sesi soal jawab diadakan,ternyata banyak ilmu yang telah kami kongsi.




menunggu kedatangan tetamu












guru SMKA Lati memberi sedikit ucapan






   ucapan daripada pengerusi PRS Naim-kak Shazlina



sesi soal jawab










terima kasih..datang lagi!! :)