Pages

Monday 25 June 2012

Projek Mega~KONFERENSI 2012


Bersyukur ke hadrat Ilahi,pada 16/6 program yang dirancang dari awal tahun iaitu konferensi PRS telah berjalan dengan lancar.Program seperti ini adalah program yang dinanti-nantikan setiap tahun.Seperti setiap tahun,SMKA Naim Lilbanat menjadi tuan rumah untuk program ini.

Bermula seawal jam 8.00 pagi,pendaftaran telah bermula.Alhamdulillah juga,sebanyak 15 buah sekolah telah menyertai program ini.Setiap sekolah mewakilkan 4 orang peserta.
Antara pengisian konferensi ialah aktiviti LDK yang diuruskan oleh pihak PTPN.







hasil kerja kumpulan














pembentangan logo kumpulan masing-masing

Selain itu,terdapat juga perkongsian idea antara semua PRS.











Ceramah daripada En. Muizzudin Mukhtar bertajuk pendekatan kaedah kaunseling memberi kami banyak informasi dan kaedah yang berkesan . Kata beliau, tugas PRS bukanlah menyelesaikan masalah,tapi tugas kami ialah membantu menyelesaikan masalah.Beliau turut menerangkan kaedah yang betul dalam menjalankan sesi kauseling.










majlis dirasmikan oleh pengetua-Pn. Hjh Maimunah




terima kasih kerana sudi datang..


Alhamdulliah,program ini mendapat maklum balas yang positif daripada peserta-peserta pada hari tersebut. Kami semua bersurai pada pukul 5 petang setelah selesai saja majlis penutup.Semoga segala ilmu yang diperoleh pada hari tersebut dapat diamalkan sepanjang hayat . :)

Sunday 24 June 2012

PRS Naim melibatkan diri dan terus aktif


Seperti semua maklum,bermula pada tahun ini,PRS Naim telah menukar pakaian seragam.Harapan kaunselour agar dengan pembaharuan ini,PRS akan lebih aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti di sekolah.Alhamdulillah,kami telah berjaya menguruskan beberapa aktiviti dan melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung.
Sesungguhnya,sesuatu aktiviti yang hendak dijalankan memerlukan perancangan yang teliti dan kerjasama daripada semua pihak.Berkat sokongan dan kerjasama  daripada pihak sekolah,kaunselour dan PRS Naim,kami telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti.


mesyuarat untuk memastikan aktiviti yang dirancang berjalan lancar






jualan gerai

Jualan gerai diuruskan oleh unit ekonomi dan dibantu PRS yang lain dan sedikit sebanyak telah mendapat keuntungan.Unit ekonomi bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan.










sukaneka hari guru

Pada hari guru,kami diberi tanggungjawab untuk menguruskan sukaneka pada hari tersebut dan semuanya berjalan dengan lancar.










 rebut kerusi



                                                                       isi air dalam botol




Putriku Sayang! Adikku Sayang!



Program Putriku Sayang diadakan untuk semua pelajar tingkatan satu bertempat di Bilik Tayang Utama.
Seperti tahun lepas,program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara PRS dengan pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki di SMKA Naim Lilbanat.

Selain itu,program ini turut mendedahkan kepada mereka mengenai peranan dan fungsi PRS di sekolah.

















Penanda Aras Dari SMKA Lati



Seramai 43 orang PRS diiringi 4 orang guru dari SMKA Lati telah mengadakan penanda aras ke sekolah kami.
Alhamdulillah,ternyata kunjungan daripada sekolah mereka amat bermanfaat untuk memantapkan lagi organisasi PRS di sekolah masing-masing.

Memandangkan PRS sekolah mereka baru ditubuhkan pada 2010,lawatan ini memberikan mereka banyak informasi dan  pemahaman tentang tugas PRS.Mereka turut didedahkan dengan aktiviti-aktiviti PRS Naim sepanjang 2011 dan yang terbaru.Sebelum mereka pulang,sesi soal jawab diadakan,ternyata banyak ilmu yang telah kami kongsi.




menunggu kedatangan tetamu












guru SMKA Lati memberi sedikit ucapan






   ucapan daripada pengerusi PRS Naim-kak Shazlina



sesi soal jawab










terima kasih..datang lagi!! :)


Tuesday 1 May 2012

bersama angkasawan negara


Alhamdulillah pada 22/3/2012 bermula pada jam 8.30 pagi seramai 12 orang wakil PRS telah menyertai Program Motivasi Pelajar Bersama Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muzaffar Shukor betempat di Hotel Pacific.

Pada hari tersebut,seramai 1200 orang peserta telah menyertai program ini dan kebanyakannya ialah daripada sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).Daripada ceramah beliau,banyak yang dikongsi beliau mengenai pengalaman beliau sebagai angkasawan negara.Sebelum  mengakhiri ceramah tersebut,beliau turut berpesan:
>pastikan pelajar fasih berbahasa Inggeris dan selalu mempraktikannya
>ilmu yang ditimba adalah segala-galanya
>rebut peluang yang ada,tiada yang mustahil dalam mencapai cita-cita








Friday 6 April 2012

siapa wanita cantik?


Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

                                                                                                                                                                              -share form :i love islam-

Tuesday 13 March 2012

tahniah mama!!



Alhamdulillah..tahun lepas,pada 8.12.2011..mama iaitu kaunselor kami telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Amirul Hakim.Amirul Hakim adalah anak lelaki ketiga mama.Ini bermakna..ketiga-tiga anak mama adalah  hero-hero penyeri hidup mama..

Tahniah mama!!dan untuk memberi semangat kepada mama..rombongan majlis tertinggi PRS telah melawat mama di rumah beliau.Alhamdulillah juga,mama dan heronya sihat walafiat~sekarang mama yang dirindui sudah kembali bertugas di Naim.

Jum ke rumah mama sekejap~~



 kami PRS yang penyayang~hihi











 jadilah anak yang soleh ye Amirul Hakim~



ibu juga turut datang melawat bersama~






bersama ketiga-ketiga anak mama'
















~sila pilih~


p/s--->hargailah pengorbanan ibu anda selagi termampu .merekalah yang bertarung nyawa melahirkan anda ke dunia ini,bersyukur selagi mereka masih ada dan kenanglah jasa mereka sepanjang hayat kamu~